



Percubaan Prototaip Sekolah Digital YWPDS
untuk
Yayasan Wilayah Persekutuan
- …



Percubaan Prototaip Sekolah Digital YWPDS
untuk
Yayasan Wilayah Persekutuan
- …

Selamat Datang ke Yayasan Wilayah Persekutuan Digital School
Ruang Pembelajaran Digital.
Membina Ilmu, Keyakinan dan Potensi Diri.
Belajar Dengan Lebih Mudah. Berkembang Dengan Lebih Yakin. Bersedia Untuk Masa Depan.
“Kadang-kadang kita cuma perlukan satu ruang yang memberi peluang untuk kita cuba sesuatu yang baharu.”
Sara-
Kuala Lumpur
Sains, Matematik, Kemahiran Hidup dan Survival, Seni dan Sastera.






YWPDS membuka ruang kepada pelajar untuk meneroka bidang yang mungkin tidak selalu ditemui dalam pembelajaran harian
Sekolah Untuk Dunia Yang Akan Datang
Dunia yang bakal dimasuki oleh pelajar hari ini akan terus berubah.
Pekerjaan berubah. Teknologi berubah. Cara manusia berkomunikasi dan mendapatkan maklumat juga berubah.
Jadi, pelajar memerlukan lebih daripada pengetahuan.
Cara kita belajar, rasa berani mencuba, asah kemampuan menyesuaikan diri, kebolehan berkomunikasi dan tahu bagaimana menggunakan ilmu untuk menghasilkan sesuatu.
YWPDS diwujudkan untuk membantu membina keupayaan itu.
Satu Platform Untuk Belajar & Berkembang
Pembelajaran yang lebih fleksibel, interaktif dan tersusun — direka untuk membantu pelajar bergerak daripada “saya tak faham” kepada “saya dah boleh”.

Pantau Kemajuan
Lihat perkembangan pembelajaran dari semasa ke semasa — kursus yang telah dimulakan, sedang dipelajari dan telah diselesaikan.

Pilih Laluan Pembelajaran
Ikuti pembelajaran secara tersusun mengikut kursus atau program yang disediakan, daripada satu langkah kepada langkah seterusnya.

Peningkatan Pendigitalan
Mudah diikuti, tiada tekanan dan peluang untuk menampah kemahiran disamping mendalami kecekapan pendigitalan dalam pendidikan

Pengktirafan Usaha
Lengkapkan pembelajaran dan, bagi program yang ditetapkan, terima sijil sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian anda.

Video Interaktif
Belajar melalui kandungan video yang lebih menarik dan interaktif, bukan sekadar menonton secara pasif.

Kuiz dan Penilaian
Uji kefahaman melalui kuiz, soalan dan aktiviti penilaian yang membantu pelajar mengetahui sejauh mana mereka benar-benar memahami sesuatu topik.
Kadang-kadang satu kemahiran baharu boleh membuka satu dunia baharu.
YWPDS memberi ruang kepada pelajar untuk mengambil satu topik, memberi tumpuan kepadanya dan mendapatkan sesuatu yang boleh mereka gunakan selepas selesai belajar.
CARA MUDAH KUASAI ALGEBRA
Algebra tak semestinya susah. Belajar memahami pemboleh ubah, ungkapan dan persamaan melalui langkah yang mudah, jelas dan tersusun.
Apa yang anda akan pelajari:
Faham asas algebra dengan lebih mudah
Kuasai langkah menyelesaikan persamaan
Kenal pasti kesilapan yang biasa berlaku
Bina keyakinan dalam Matematik

TAKTIK KARANGAN SEDAP DALAM BAHASA INGGERIS
Nak tulis karangan English dengan lebih yakin? Pelajari cara membina idea, menyusun isi dan menghasilkan karangan yang lebih jelas dan menarik.
Apa yang anda akan pelajari:
- Bina introduction yang lebih menarik
- Kembangkan idea dengan contoh dan penerangan
- Susun isi supaya lebih kemas dan tersusun
- Kenal pasti dan baiki kesalahan biasa
TEKNIK MUDAH MENGHAFAL PERISTIWA SEJARAH
Jangan sekadar hafal — fahami dan hubungkan fakta. Gunakan teknik kata kunci, timeline, cerita dan mnemonic untuk mengingati peristiwa sejarah dengan lebih mudah.
Apa yang anda akan pelajari:
- Faham fakta sebelum menghafalnya
- Gunakan kata kunci dan teknik mnemonic
- Hubungkan tokoh, tempat dan peristiwa
- Ingat kronologi dengan lebih sistematik
BELAJAR, BANTU KELUARGA & URUS MASA
Sekolah penting. Membantu keluarga pun penting. Belajar bagaimana mengurus masa, tugasan dan ulang kaji apabila kehidupan harian mempunyai banyak tanggungjawab.
Apa yang anda akan pelajari:
- Susun keutamaan dengan lebih bijak
- Gunakan masa singkat untuk belajar
- Bina jadual yang realistik
- Seimbangkan sekolah, keluarga dan rehat

AI SMART SKILLS
Gunakan ChatGPT untuk belajar — bukan untuk meniru. Pelajari cara bertanya soalan yang lebih baik, membuat kajian, berfikir secara kritikal dan menggunakan AI secara bertanggungjawab.
Apa yang anda akan pelajari:
- Bina prompt dan soalan yang lebih berkesan
- Gunakan AI untuk belajar pelbagai subjek
- Gunakan AI untuk membuat kajian sekolah
- Elakkan copy-paste, plagiarisme dan penyalahgunaan AI
“Masa depan bukan sesuatu yang kita tunggu.
Ia sesuatu yang kita persiapkan.
Dan persediaan itu boleh bermula jauh sebelum kita melangkah ke alam dewasa.”
— Yayasan Wilayah Persekutuan Digital School
Mula Belajar Dalam 5 Langkah Mudah
Dari daftar masuk sehingga melihat kemajuan sendiri — semuanya direka supaya mudah.1Daftar akaun
Cipta akaun YAD dan lengkapkan maklumat asas anda.
2Pilih
Terokai kursus dan pilih topik yang sesuai dengan keperluan anda
3Mula belajar
Masuk ke kursus dan belajar melalui video, bahan digital, aktiviti serta penilaian yang tersedia
4Tamatkan modul.
Selesaikan pembelajaran, uji kefahaman dan teruskan ke kemahiran atau kursus seterusnya.
Menempa Impak

“Saya mula masuk sebab nak belajar AI. Lepas beberapa modul, saya mula fikir apa lagi yang saya boleh buat dengan AI.”

“Saya tak pernah fikir aktiviti sekolah boleh dikaitkan dengan CV. Sekarang saya mula nampak pengalaman saya dengan cara yang berbeza.”

“Bahagian English paling membantu saya sebab saya boleh cuba tanpa rasa malu kalau tersalah.”

“Saya suka konsep challenge sebab kita bukan hanya baca. Kita kena fikir dan hasilkan sesuatu.”
Fikrah YWPDS
Setiap aksara mempunyai jiwa.
There are no published blog posts yet.Soalan Lazim
Menerangkan & Menjernihkan
Apa itu Yayasan Wilayah Persekutuan Digital School (YWPDS)?
YWPDS ialah Yayasan Wilayah Persekutuan Digital School, sebuah ruang pembelajaran digital yang memberi tumpuan kepada pembelajaran, kemahiran dan pembangunan potensi pelajar.
Untuk Siapa YWPDS??
YWPDS memberi fokus kepada pelajar sekolah menengah dan golongan muda di Wilayah Persekutuan.
Apa yang boleh diterokai di YWPDS?
Antaranya AI, teknologi digital, English, komunikasi, kepimpinan, kreativiti, keusahawanan, kemahiran hidup dan persediaan kerjaya.
Adakah YWPDS hanya berkaitan akademik?
Tidak. YWPDS memberi ruang kepada pembelajaran di luar akademik yang membantu pelajar membina kemahiran dan pengalaman untuk kehidupan selepas sekolah.
Adakah semua pembelajaran perlu dilakukan pada masa tertentu?
Bergantung kepada program. Kandungan tertentu boleh diterokai secara kendiri, manakala program tertentu mungkin mempunyai jadual, aktiviti atau sesi yang ditetapkan.
Bolehkah pelajar mengikuti lebih daripada satu program?
Boleh, tertakluk kepada program dan akses yang tersedia kepada pelajar.
Adakah YWPDS menggantikan sekolah fizikal?
Tidak. YWPDS ialah ruang digital yang melengkapi pengalaman pendidikan dan memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran serta kemahiran tambahan.
Adakah YWPDS sama seperti Google Classroom?
Tidak. Google Classroom lebih tertumpu kepada pengurusan kelas, tugasan dan komunikasi guru-pelajar. YWPDS pula dibina sebagai pengalaman digital yang lebih luas untuk pembelajaran dan pembangunan pelajar.
Adakah guru atau fasilitator terlibat?
Bergantung kepada program. Sesetengah pengalaman boleh direka untuk pembelajaran kendiri, manakala program lain boleh melibatkan guru, fasilitator atau pembimbing.
Bagaimana pelajar tahu perkembangan mereka?
Program yang menggunakan fungsi tracking boleh membolehkan pelajar melihat kursus, modul atau aktiviti yang telah diselesaikan serta perkembangan pembelajaran mereka.














