



Percubaan Prototaip Sekolah Digital YWPDS
untuk
Yayasan Wilayah Persekutuan
- …



Percubaan Prototaip Sekolah Digital YWPDS
untuk
Yayasan Wilayah Persekutuan
- …

YSWDS NEXTGEN
SOLVE MY CITY
“Kenapa benda ni masih macam ni?”
Kenapa ada masalah yang kita nampak setiap hari tetapi seolah-olah tiada siapa mencari penyelesaian? Dalam SOLVE MY CITY, kita belajar melihat masalah di sekeliling bukan sekadar untuk mengeluh, tetapi sebagai cabaran yang boleh kita kaji, fahami dan cuba selesaikan.
Suara Anda Bermakna. Mereka Telah Buktikan.
Dunia sudah menunjukkan bahawa suara anak muda boleh menghasilkan perubahan.
Malala Yousafzai menggunakan suara dan advokasinya untuk memperjuangkan hak pendidikan.
Greta Thunberg bermula sebagai seorang pelajar yang mengambil tindakan terhadap isu perubahan iklim sebelum gerakannya berkembang menjadi gerakan belia global.
Boyan Slat pula mula memikirkan penyelesaian teknologi terhadap masalah pencemaran plastik dan membangunkan The Ocean Cleanup.
Tiba Masanya Giliran Anda.
Sekarang, giliran kita. Kita mungkin belum menjadi saintis, ahli politik, usahawan atau pemimpin besar. Tetapi kita sudah mempunyai sesuatu yang sangat penting — rasa ingin tahu, idea, kreativiti, teknologi dan keberanian untuk bertanya. SOLVE MY CITY memberi kita ruang untuk menggunakan semua itu bagi melihat masalah sebenar dalam komuniti kita dan menghasilkan idea yang mungkin boleh membuat sesuatu menjadi lebih baik.
Menempa Langkah.
Bayangkan kalau satu hari nanti kita boleh berkata: “Idea ini bermula daripada projek kami ketika kami masih di sekolah.” Itulah semangat YSWDS NEXTGEN — bukan sekadar menjadi pengguna bandar, tetapi belajar menjadi problem solver, innovator dan changemaker.
01- Kenal Pasti Cabaran
Kita cari masalah sebenar, bukan masalah yang direka-reka.
02- Turun Padang
Kita turun padang. Buat survey, interview, pemerhatian dan kumpul pandangan.
03- Fahami Denyutan
Kita susun dan analisis maklumat untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa ia berlaku.
04- Rangka Solusi
Kita brainstorm, gunakan kreativiti, teknologi dan AI untuk menghasilkan penyelesaian.
05- Bina Idea
Idea perlu diterjemahkan menjadi sesuatu yang lebih nyata — proposal, prototype, kempen, aplikasi, sistem atau konsep penyelesaian.
06- Kongsi Pengalaman
Setiap kumpulan membentangkan idea mereka di hadapan panel.
Our team has helped 500+ organizations successfully launch their websites

“I love Strikingly. Definitely the most structured, seamless and easy way I’ve ever launched a new website.”
— Felix Zeltner

“As a business owner, finding time to step away is difficult. Strikingly made an overwhelming project simple and easy.”
— Alice Johnson

“Strikingly is easy to work with, patient and pleasant which made the experience like no other.”
— Darryl Duncan


